Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Hananeyyy




D'omland
05 Jun 2014 | 0 comment(s)
Assalamualaikum. wutt dah lama tak post. busy katakaooo. kk takyah nak intro panjang. baru ni en aku ada pegy kem kepimpinan lagi. yeah, that 'lagi'. ni kali kedua aku pegy, kem yang sama. tempat yang sama. aktiviti yang sama. pengalaman yang sama. "fasilitator" yang sama. ehemm. D'omland.




ekceli mula tu rasa macam 50-50 nak pegy. 50% rasa taknak pegy, sebab dah pegy sebelum ni. rasa cam bazir masa pun ada la jugak, since semua benda dia ulang yang sama je kan. lagipun dah la tarikh ni masa hari last exam. ish nak rehat. dah la kengkawan semua tak join pun. ramai junior laaaaa. tapi tapi tapi 50% lagi rasa nak pegy, sebab nak teman zati. yapp. zati nak pegy, then dia ajak teman since dia takda geng kat sana. ok laa. lagipun kalau duk rumah, bukannya buat apa. ada faedah gak gi sana en.

bila habis exam hari isnin tu, memang kena terus balik rumah laa. barang tak packing apa lagi kott. hari sebelumnya tu sibuk study kononnyaaaa. serius, rasanya kali ni la pack barang paling cepat seumur hidup kott. dalam setengah jam gituu en. main capai je apapa yang rasa perlu. Alhamdulillah, tak tertinggal apapa barang. tapi time tu memang dah lambat ah. pukul 2.45 ustazah call. tanya ada kat mana. nerh mana cuak pun kan. aku time tu dah macam, "bas dah nak gerak ke ustazah? :O" tapi dak aaa. cumanya time tu aku sorang je yang belum sampai lagi. semua tengah tunggu aku, katanya. lololol ayuhhhh lari g sekolah.

ringkas cerita ah, sampai atas bas terus. sana, duk dengan zati. ohya ada jugak sarah, dengan a few others kengkawan diorang. k aku takde geng. k aku sorang je form 5 area situ. k terasing gila. huuu. time tu terus rindu najiha. k k k. ohya ohya ohya, masha pun ada! :D tapi sepanjang kem tak rapat sangat dengan masha, dia grup lain. herm, tahun ni semua benda still sama macam tahun lepas. KRS still jadi fasi. k. bukan nak kata la kan, bukan nak kata, tapi ni min yang kata. haha. tahun lepas, masa aku ajak min join sekali kem ni, min taknak. sebab apa tau, sebab KRS jadi fasi. dia kata, macam tak adil ah. kem ni semua unit join, tapi kenapa KRS je yang jadi fasi. patutnya bagi semua unit, ada masing masing tu yang jadi fasi. ok then. bukan nak kata la kan, bukan nak kata, cuma nak suarakan ketidakpuashatian :3 bagi aku la en, pendapat aku la en, macam takde function je nak bagi ada fasi ni. kk malas hurai pepanjang pasal ni.

jurulatih kat sana ada yang still sama macam tahun lepas, ada yang dah takda, ada yang baru. yang still kekal tu, ada la kenal muka. cuma tak kenal nama sangat. tuan rahman... tuan ridzwan... tuan khalid.. dengan, sapatu, yang selalu jadi mc, tuan affan ke nama dia? lebih kurang cemtu la. and ada la sikit sikit lagi. tuan syed takde pun kali ni. dia cuma ada tunjuk muka kejap, masa majlis penutup hari tu. ohya, tuan akmal, jurulatih baru jugak. and ada la a few lagi, tak ingat nama. then, apa lagi. erm. tempat, still sama. dewan sama. tempat makan sama. dataran sama. tempat aktiviti sama. cumanya, dorm tukaq! nerh. dapat dorm yang lagi kecik dari tahun lepas. haaaaaa. mula tu duduk dorm bawah. tapi serius seksa gila situ. dah la padat. dengan takde kipas. banyak nyamuk. nahaiii merungut :3 memang tak lena ah malam tu. then try naik dorm atas, heven gila! tak ramai orang. and and and ada kipas lajuuuuuuu gilaa. apak sejuk kat atas. serius nyaman. then tu memang pindah tidur atas ah cita dia ~

k apa lagi nak cerita. emm masa first day tu, tak buat apa sangat pun petang tu. since masa tu hujan kann. time tu ada la lantik segala ajk. aiman jadi penghulu, sapetah tu jadi penghuluwati, jim jadi imam, hakim jadi bilal. k set set KRS ah conquer semua. haha. then bahagi grup, lantik ketua. mula tu aku dapat grup 1, zati dapat grup 2. nerh apa lagi, memang tukaq masuk grup 2 lahh. dah la situ takde geng. ada zati sorang je kott. dapat shakirah jadi ketua yeyy. malam tu baru mula aktiviti. mula dengan apa tau, potong rambut dak laki. wahahahahaha. tahun lepas takde pun maceni.

then, dalam pukul 11 macamtu, nak mula jalan masuk hutan. time dalam dewan tu, JL (jurulatih, malas nak tulis panjang) mintak asing antara yang dah pernah datang dengan yang first time. k k kena halau duduk belakang :/ takut orang bocor cerita lettewww :3 aku dah cerita pun kat zati sebelum tu. memang tiap kali kem, taktik diorang camni je la. mula mula tu kasi cerita seram. then padam lampu. then biar orang jerit (aku tak jerit k, cool gitu kehkehkeh) then bukak balik. then kata ada perkuburan. then suruh jalan sorang sorang. taktik je semua niiii. wuu cakap besaq. dak dak. yang pasal perkuburan tu aku taktau ah betul ke tak. tapi time tengah jalan tu, memang ada la nampak batu nisan bersepah atas jalan. serius k serius. tapi aku taktau la batu nisan tu betul betul ada tuan, ataupun diorang saja letak batu nisan tu atas jalan, nak tambah efek seram. tapi part jalan sorang sorang tu memang saja gebang. tahun lepas pun cakap macamtu jugak, but then diorang bagi jugak perempuan jalan dua. cuma laki, memang kena jalan sorang ah. kali ni punya pun sama jugak. mula tu kemain lagi kata kena jalan sorang. last last bagi jugak jalan dua :3 k taknak ah bongkak. aku sendiri mengaku, aku memang takleh kalau nak jalan sorang wuu ._.

serius masa kem ni, banyak kali teringat kat najiha. maybe sebab masa kem tahun lepas, aku buat semua benda dengan najiha en. tahun ni tukar pulak. buat semua benda dengan zati. teringat masa tahun lepas. jalan masuk hutan dengan najiha, then biasa la ada fasi ramai ramai duk kat tepi tu, kacau. diorang siap simbah air bohh tahun lepas. yang lawaknya, memang tak rasa seram gila waktu tu (seram sikit tu ada la kut) non-stop gelak dengan perangai najiha. bukan nak gaduh takut ke apa, sepanjang jalan tu najiha asyik membebel marah kat fasi. marah sebab simbah air, habis basah baju dia. lahaiiii that cute najiha. ok ok. kali ni, dapat jalan awal sikit dari tahun lepas. and of course, jalan dengan zati. time jalan kemain pegang tangan, genggam erat gituuu :3 sama la macam tahun lepas pun, tak lepas tangan najiha bohh. nak transfer semangat katakaooo. time jalan tu memang ada nampak banyak hantu  fasi dengan JL kat tepi tepi. kalau tahun lepas, time jalan dengan najiha, memang tak keluarkan suara langsung. time jalan tu cuma tengok bawah, senyap. tak jerit pun ok :P *bangga cehh* (tapi bila shock tu, memang automatic genggam tangan kuat gegila punya)

but but. kali ni lain. tau dakkk time jalan tu en, taktau ah mungkin sebab nak bagi hilang takut ke ape, zati bukak cerita pasal ex tau. hahaha. dia tanya habis semua. kak nani masa dengan din dulu macamana. kak nani masa dengan min dulu macamana. yang aku ni pun, nak bagi hilang neves, ada la cerita sikit sikit. tapi bila dah cerita separuh, baru teringat. kitorang bukannya berdua je kat situ. ramai kott fasi kat sebelah. pasang telinga paa? hahaha. then i was like, "zati, japgi la kak citaa. kat sini takda privasi la" xD

rasa kan, macam jarak night walk tahun ni macam pendek jee. taktau ah mungkin sebab sepanjang masa tu duk sembang kut, tu yang tak terasa jarak. tapi rasa macam tak puas pulak nak jalan dalam gelap :3 ok then bila dah sampai tu, berkumpul, yea macam tahun lepas. then usya orang lain yang tengah jalan. nak tunggu tu memang lama ah, since kitorang jalan awal awal. time tengah tunggu tu, macam macam bunyi laa ada. bukan bunyi yang macam hantu tu (!) nehh, bunyi orang yang tengah jalan aaa. yang jerit tuh konfem ada, memang ramai. ada jugak yang baca ayat Kursi kuat kuat. ada yang sampai menangis. ada yang sampai tak perasan dah habis journey :3 malam tu tidur pukul satu lebih. ahhh penat. pukul tiga bangun mandi. then sambung tidur balik.

the next day, sama macam the next day tahun lepas. masa subuh tu, lepas habis solat, semua pakat tumbang. aku time tu, boleh laa tahan lagi. dengar la jugak kuliah subuh. tapi kalau suruh ulang, aku memang takboleh. tak ingat tengah dengar kuliah pasal apa. time tu takleh nak fokus sangat. telinga pasang, tapi otak duk "lahaii ngantuknya lahaii ngantuknya" tak henti. hoho. letih gituu kann :3 then macam biasa. senaman pagi. pusing satu kampung. sarapan. then mula aktiviti yeyy!!

kali ni aku dapat pegy kayak dulu then baru masuk hutan bakau. k agak tak syok lah. dah elok elok bersih masuk air, balik tu kotor sebab rentas bakau. aaaaa. k takpa la. ambik life jacket, buat water confident! weehoooo!! syok syok. that feeling masa terjun dalam laut tu en, then relax-kan otak en, then terapung sendiri en, rasa nikmat cemane tah. haha. zati jalan dulu, aku follow belakang. then dah sampai ke tengah sana, duduk jap dengar taklimat, then mula kayak! again, kayak dengan zati :D dia duduk depan. ok then mula pusing pusing. lenguh bohh tapi bestt (Y) tapi kejap je ish :/ then kena naik dah.

then then then masuk bakau. kali ni dah tak rasa excited sangat, mungkin sebab dah pernah masuk tahun lepas en. then takpe ah. jalan jalan jalan. tetiba, lost. aiceh bukan lost apa la, cumanya kayu tempat nak lalu tu tenggelam dalam air. woheyhey. air pasang bohh time tu! then nak tak nak memang kena redah je la air tu. basah ke tak tu memang takyah tanya ah. time jalan tu memang duk bergantung kat tali yang ada tu ja. kaki pijak la apapun. kayu, akar pokok, selut. belasah je lahh T.T ada satu moment tu memang payah gila nak jalan. dah takda tali kat situ, memang kena pegang pokok. kat pokok tu pulak ada ketam. huuuu. haha dengan ketam pun takut? dak aaa. er bukan aaa. tapi bendalah tu comel sangat sampai aku lagi sanggup bersusah payah dari relakan tangan pegang pokok tu. ada satu pokok tu sampai tiga empat ketam kat situ. aigooo

then jalan lagi jalan lagi. then tetiba silap step. terpijak akar kayu yang ada lumut. yoooo paham paham je lahh. licin yang amat then terus nak terjatuh. kekeke. tapi tak jatuh lagi aaa, orang macho mana boleh jatuh bakau kahkahkah. tangan sempat ah capai pokok, sakit weh T.T huuu. sampai sekarang zati duk bahan lagi pasal tu. "sapa tah jatuh bakau haritu?" hahaha zati kejammmm~ teringat masa rentas bakau tahun lepas. pun lebih kurang sama jugak la kes macamni. tengah duk jalan tu, then terpijak akar kayu ada lumut, licin, then kaki tenggelam dalam selut! aaaaa memang panik ah time tu. abang wan dekat depan duk gelak gelak aishh -,- then dia suruh tarik kaki. tapi takbolehhhh T.T panik gila waktu tu. nak tarik kaki takboleh. memang dah tenggelam terus dalam tanah tu. haaa pasir jerlus ke ape bende ni ishh. susah kott, serius susah nak tarik kaki waktu tu. sampai sakit sakit aku nak lawan cengkaman tanah tu. ecewah. then alhamdulillah dapat tarik jugak :3 kekeke

ohya, abang wan takda la masa kem kali ni. rendu aihh. Wan Uqhashah (:

then masa sambung jalan, tak perasan oh ada paku (yang memang dah karat) atas tali untuk pegang tu. aku pulak dengan slumber badaknyaa seret tangan kat tali tu. pehhhh. sekali view, berdarah dah ishh. tapi kecik je, sikit je kena ^^ tapi bila tempat luka tu kena pulak dengan air laut, memang pehhh plus plus ah T.T pedih tak pedih jangan tanya ah. aigoo. tapi saya tetap bersemangat untuk teruskan perjalanan! *boooo* then dah separuh perjalanan. memang bosan gila waktu tu. tetiba zati nyanyi! hahah. nyanyi lagu apa lagii kalau bukan lagu feymes tuu :D


Jambatan goyang-goyang,
Jambatan goyang-goyang.
Ku takut tenggelam,
Ku takut tenggelam.
Lalu aku berenang,
Lalu aku berenang.
Habis basah bajuku,
Habis basah bajuku.
Lalu aku sidaikan,
Lalu aku sidaikan.
Ku pakai semula,
Ku pakai semula.


huuu best. zati nyanyi sebaris, then yang lain ramai-ramai ikut nyanyi sebaris lagi.

Zati : Jambatan goyang-goyang!
Semua : Jambatan goyang-goyang!

and so on, sampai habis lagu (Y)

then finally sampai :D then zati tolong tempek bendalah "facial-mask-kononnya" tu kat muka. hahah. lawa bohh dia sapu. ok then balik kem, lapar! lepas dah makan, solat apa semua, sambung aktiviti petang tu pulak. kawad! ok time ni tak best gila. aku suka kawad, tapi time ni serius rasa nak cepat cepat habis kawad. sebab apa tau. yeah diorang gabung semua unit dalam satu platun (betul ea platun? tak kisah la) then tau tau je lahh, cara KRS kawad lain dari cara Polis kawad, sama jugak lainnya dari cara PPIM kawad and lain lagi dari cara PBSM and Bomba kawad. senang cakap, memang setiap unit ada cara kawad tersendiri en. then bila dah gabung cemtu, yang bagi arahannya orang KRS, memang ahli KRS je lah yang gerak betul -,- kitorang yang lain ni dah berterabur argh. tak best tak best tak best T.T malas nak cerita panjang.

then, switch pulak aktiviti dengan dak laki. kali ni, buat flying fox. fox tak fox, cuma nak bagitau kat sini yang masa tu aku taktau kenapa terus hilang mood nak buat semua benda. tah maybe sebab penat, maybe sebab mengantuk, maybe sebab memang takde mood nak flying apa semua ni. so, yeah, memang aku tak buat flying fox kali ni. untungg sarah pun takmau buat, ada geng bohh :P takpe laa, tahun lepas aku dah buat, cukup la :3 heee

cut cerita. then, aktiviti malam. kembara dengan kompas pe tah nama dia. sama jugak macam tahun lepas. diorang bagi kompas, suruh ukur bearing, ambik tugasan, pusing sekampung then balik. time ni aku mula rapat dengan Amera adik angkat Akmal Hafiz tu. uhuk uhuk. saja mention hahaha. yea my first thought pasal mera ni, diaa nii sangatt comell to the max! wahaha. bukan nak bodek, tapi serius k serius. comel muka, comel perangai. tak tak bukan nak perli. serius k serius hahah. perangai dia lebih kurang macam najiha laa, childish yang nampak comel. these kind of people tak patut ada haters. lol apa aku merepek ni.

aish dah taktau nak explain cemana lagi pasal kembara ni. kira tamat la. malam tu tidur dekat dekat pukul 2 kut. then macam semalamnya, 3 pagi bangun mandi. then sambung tidur balik. pagi esoknya, yesss hari last! tak sabar nak balik then rehat. ermm, pagi tu ada aktiviti ikhtiar hidup. yeah masuk hutan, masak apa semua. sama macam tahun lepas, kali ni pun aku ambik tugas buat roti jugak. idkw tapi best tau dak buat roti ni. hekhek. buh tepung. buh kunyit. buh garam. buh air. uli uli uli. lilit. bakar. hidang. makan!

menu still sama, macam biasa. ikan. roti. ubi. sedih gila bila tengah bakar 3 ikan tu, then satu tu lembik cemane tah, badan dia patah dua T.T ada satu part jatuh bawah. then part yang terharunyaaa bila tuan lan dengan sedaya upaya nya *cewah* cuba untuk ambik jugak part ikan yang jatuh dalam unggun tu. er nak kata unggun, tak la unggun. takde pun api marak. ada bara sikit macamtu lah. eish susah nak terang, yang pastinya memang panas kat situ. banyak kali dia try ambik, kejap kejap dia tarik balik tangan dia, tiup tiup sikit, then cuba ambik lagi. haha idkw again, tapi rasa macam moment tu nampak dia macam gentle gila. hahaha k enough -,-

so far, alhamdulilah, semua masak elok, takda yang kurang masak ke ape. lepas bagi pian rasa, semua satu grup serbu pinggan tu. habis semua! yeyy. then balik ke kem. buat majlis penutupan. (wohh serius mengantuk gila time depa pakat bagi ucapan apa semua) then bertolak balik. kali ni, bas cuma ada satu, so ada dua trip ahh nii. satu trip balik dulu, satu trip lagi kena tunggu bas hantar then patah balik. aku dapat trip kedua. kena tunggu bohh. otak time tu memang duk ulang "bas, cepat la sampai. bas, cepat la sampai" non-stop.

then bila dah naik bas, duduk dengan atikah, then tidur, then sampai sekolah, then ambik beg, then berkumpul depan makmal, then agih agih hadiah, then balik rumah! mula tu memang sedih gila tahap asdfghjkl ah bila sampai rumah, then semua orang buat macam biasa je. em, cemane nak cakap eh. adik adik semua anggap macam aku ni baru balik dari 7 jam kat sekolah. padahal 3 hari 2 malam aku pegy kem. i'm hoping bila aku masuk pintu rumah tu, adik adik will buat muka shock, buat muka happy, jerit "yeay akak dah balik" and lari peluk aku. tapi hampeh. hahaha. drama je semua tu ish. apak sedih.

petang tu terpaksa cancel niat nak qada' tidur, mak ajak pegy kedai buku. haaa letih memang letih, tapi tetap nak ikut jugak. lama dah tak pegy kedai buku, aku tau mesti semua pen kat sana rindu aku *boooo* so yeah, i bought some pen *hahaha apa motif cerita pasal ni lol* then beli novel fixi :D this is my first time beli and baca this kind of novel, and boleh tahan worth jugak la. best. dua hari baca buku tu, tamat. then idk what else to do untuk habiskan waktu cuti aku ni. so yeah, i am here, updating my blog, editing the skin, tukar semua. blablabla k panjang gila post ni. tak larat nak hurai dah. chiaww Assalamualaikum ;)




ehemm. sat. sepanjang kem ni, zati yang jaga aku. lagi lagi time kat bakau. then, yea sepanjang waktu la. k saja nak habaq. sayang zati! kbye










Fi Hifzillah (: